Post Icon

Syukur ALHAMDULLILAH......

Penduduk Pertaruh Nyawa Ketika Beribadat



Sedih melihat keadaan surau di PPRT Sepakat Jaya yang uzur dan serba daif, kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi membiayai kos membaik pulih dan penyelenggaraan rumah ibadat bagi keselesaaan umat Islam di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kebetulan mengadakan Program Turun Padang ke Bota menjelaskan keadaan surau yang daif itu perlu dibaiki segera bagi membolehkan umat Islam di kawasan berkenaan dapat beribadah dengan lebih selesa.

Menurut sumber, surau berkenaan dibina pada awal tahun 1997 tetapi tidak dapat digunakan kerana struktur bangunan yang tidak kukuh.

Difahamkan, ia juga tidak mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah.

Di penghujung tahun, kontraktor lain pula mendapat tender untuk membina semula surau yang separuh siap itu tetapi malangnya masalah sama berulang.

Penduduk mendakwa kontraktor berkenaan tidak melakukan kerja menambak tanah dan pilling dengan betul hingga mengakibatkan bahagian bawah bangunan surau mula mendap, sekaligus boleh mengancam keselamatan dan nyawa pengguna surau.

Turut membimbangkan apabila struktur surau mula condong ke bahagian kiri .

Namun, kehadiran dan pengumuman berita gembira daripada Menteri Besari itu akhirnya memberi harapan dan kelegaan kepada penduduk yang selama ini menanggung risiko bahaya ketika menggunakan surau berkenaan.




sumber dari : http://peraktoday.com/wp/?p=53893





apa yg teman leh katakan syukurlah.. sesungguh nya Menteri Besar Perak amat mengambil berat terhadap penduduk.. sehingga kan memberi bantuan kepada penduduk PPPRT Sepakat Jaya tuk membaiki surau yg uzur ini.. tahniah teman ucapkan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment