Post Icon

apa ada dengan BERSHITTT 3.0

Bershit sudah pun telah selesai,kesan selepas perhimpunan haram itu yang menjadi persoalan. Perhimpunan yang tidak dapat permit itu tidak mengendahkan undang-undang yang sedia ada. Bersih yang mempunyai 10 tuntutan mereka itu telah bertukar kepada perhimpunan haram yang jelas menunjukkan hasrat sebenar mereka untuk mencapai hasrat mereka. Ini merupakan satu helah untuk menghuru-harakan negara. Tidakkah dia tahu bahawa rakyat Malaysia perlu ikut undang-undang untuk selesaikan masalah mereka.

Insiden dan tindakan ganas yang dipaparkan oleh segelintir penyokong perhimpunan haram Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu jelas membuktikan pemimpin parti pembangkang menyokong dan menggalakkan keganasan, tersasar daripada janji awal penganjur yang memberi jaminan satu perhimpunan `Duduk Bantah’ yang aman berlangsung petang itu.Sebaliknya, adegan penyokong yang bertindak ganas terhadap anggota keselamatan yang bertugas menjadi bukti bahawa perhimpunan itu menyuntik benih kebencian terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini berperanan memastikan kedaulatan undang-undang negara dihormati oleh semua pihak.Bukan setakat bertindak ganas terhadap anggota polis, penyokong juga merosakkan harta benda awam seperti kereta peronda dan kenderaan milik persendirian yang diletakkan sekitar Dataran Merdeka.


Kehadiran pemimpin pembangkang seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali juga membuktikan Pakatan Rakyat menggunakan perhimpunan Bersih 3.0 ini untuk menghalalkan apa juga cara untuk menawan Putrajaya.

Bagaimana dan di mana, soal itu tidak penting bagi pembangkang dan Bersih 3.0 adalah medan terbaik bagi mereka untuk menarik perhatian rakyat untuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.Sehinggakan pihak kerajaan telah pun menubuhkan satu jawatankuasa menelitit tuntutan mereka tetapi... Pihak yang tidak bertanggung jawap ini menggalakan penyokong dan pengikut mereka untuk menghadirkan diri dalam perhimpunan haram itu.

Hanya rakyat yaang mempunyai akal fikiran waras, yang dapat membahagikan yang mana baik dan yang mana buruk demi agama bangsa dan negara kita yang tercinta ini. Jangan kerana tidak mengikut tuntutan yang mereka mahukan, habis rosak segala galanya.Diharapkan juga selepas ini tidak akan ada perhimpunan yang memalukan ini diadakan di kotaraya Kuala Lumpur atau pun dimana mana saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment