Post Icon

jangan komer.. jangan.....

kenapa la kite ni suka sangat buat benda yg sepatutnya dibuat..huhuu nampak sangat la yang kite ni macam tidak berpelajaran ke.. tidak sekolah ke.. huhu teman pun x leh nk kata apa....

apa yg teman nak kongsi ni tentang apa yg PEMANGKU SULTAN PERAK bertitah sesama merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 di Ipoh.. tentang perbuatan melanggar sempadan agama  wajib dicegah secara tegas......
.
sejak kebelakangan ini....garis sempadan yg menyentuh tentang agama islam kelihatan mula dilanggar malah juga ada dikalangan bukan islam.. mencabar perkara perkara berkaitan islam melalui ungkapan dan kenyataan yg bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan akidah umat Islam

Perkara menyentuh syariat dan akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam kini dipersoalkan, dipertikaikan dan diperdebatkan secara terbuka oleh mereka (bukan islam).


Oleh itu, perbuatan sedemikian titahnya, wajib dihentikan dan dicegah secara tegas daripada dibenarkan berlaku di negara ini. Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri dan terhangus negeri.

Kesucian agam islam harus lah di pertahankan dan di ambil berat kan pada setiap masa dan juga  kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing titah beliau.....

Selain itu juga RAJA NAZRIN bertitah lagi tentang kerajaan Negeri Perak yg diterajui oleh Menteri Besar Perak berjaya memberi tumpuan kepada perkara utama lagi strategik dan hasilnya dapat memenuhi unjuran pertumbuhan ekonomi positif.

Dengan hasil negeri yang telah meningkat dari daripada RM793.18 juta pada 2010 kepada RM820.28 juta tahun lalu.....

serta meluluskan peruntukan baget yang paling tinggi berjumlah RM865.12 juta bagi mengupayakan kerajaan negeri dan untuk tahun ini, RM321 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di Negeri Perak...


teman nengok.. bahawa nye PEMANKGU SULTAN PERAK ambil berat bebenor tentang apa yg berlaku di Negeri Perak ni.. jadi... kite pun.. penduduk Negeri Perak.. ambik la berat... n jangan la mempermainkan tentang isu Agama Islam ini.... kerana tersilap langkah huhuhuhu tak tau teman nk kata apa lagi.... renung renung kan la ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment