Post Icon

6 Ahli Panel Penasihat Bebas




Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas. Sesetengah pihak menyambut baik dengan perlantikan enam anggota tersebut,malahan ada juga pihak yang kurang selesa.

Perlantikan enam orang panel itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismai

Ke enam enam panel tersebut akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin untuk memulakn peranan mereka dan terma tugasan yang harus mereka lakukan. Menurut kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Kita boleh lihat akan kebolehan kesemua enam ahli panel ini, kerana semuanya mempunyai kepakaran dan kebijaksaan dalam bidang masing masing. Oleh itu mereka akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan berlandaskan undang undang dan tidak mengikut perasaan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Kinta Menjerit said...

Tukar link Kinta Menjerit ;

http://kinta-menjerit.blogspot.com/


TQ PCT

Post a Comment