Post Icon

6 Ahli Panel Penasihat Bebas




Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas. Sesetengah pihak menyambut baik dengan perlantikan enam anggota tersebut,malahan ada juga pihak yang kurang selesa.

Perlantikan enam orang panel itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismai

Ke enam enam panel tersebut akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin untuk memulakn peranan mereka dan terma tugasan yang harus mereka lakukan. Menurut kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Kita boleh lihat akan kebolehan kesemua enam ahli panel ini, kerana semuanya mempunyai kepakaran dan kebijaksaan dalam bidang masing masing. Oleh itu mereka akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan berlandaskan undang undang dan tidak mengikut perasaan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

MACAM MACAM DAAAAA !!!!!!!

macam macam yang nk dibuat oleh manusia manusia yang tak reti bersyukur ni... dah la... untuk sokong bershiitttt kena g perhimpunan di dataran merdeka ....ini pula kena buat cam ni plak... ADOOOYAIIIIIII

Nyalakan lampu kenderaan anda Sabtu dan Ahad



SHARING IS CARING! BERSIH 3.0 MENYERU RAKYAT MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN SABTU INI PADA WAKTU SIANG DI SEKITAR KUALA LUMPUR DAN DI SELURUH MALAYSIA SEBAGAI SILENT PROTEST DARI RAKYAT TERHADAP KEKEJAMAN PIHAK POLIS DAN PEMERINTAH DALAM BERSIH 3.0 SABTU LALU..

KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI SABTU DAN AHAD.

PEACE NO WAR! :)
JIKA ANDA SETUJU, SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI..

-Switch on your headlights this Saturday and Sunday to shine a light on and highlight our aspirations for a clean, fair and transparent election process.

C'mon you people. let's participate please.

KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI PADA HARI SABTU DAN AHAD.

huhuhuhu apa yang leh biggie katakan hanyalah menyusahkan sahaja..xpayah la.. nk buat benda benda yang tidak mendatangakn faedah...dah la masa di datara merdeka berlakunya rusuhan.. adakah nk terjadinya kemalangan pula ke tuk memenuhi keinginan mereka ini....hanya membuang masa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tu dia.... udoh kuar dah.....

GAMBAR PESERTA BERSIH 3.0 YANG DIBURU | Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin....





Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.
Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau emailazmiazizi@rmp.gov.my
SEBARKAN! -SUMBER

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

perlukah sebegini

Perlukah kita menjadi seorang yang penipu..seorang yang suka membuat fitnah demi untuk mendapat perhatian dari orang ramai.Dari itu kita boleh lihat yang apa yang kita buat itu adalah satu yang ikhlas ataupun tidak

 Semua rakyat Perak menganggap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya Perdana Menteri meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebenarnya adalah lebih kepada mencari populariti dalam parti Pas dan pakatan pembangkang.

Kerana tidak popular di dalam parti dan memandangkan PRU sudah semakin hampir dan mungkin bimbang namanya tidak tercalon, dia terpaksa mereka cerita demi menaikkan kembali namanya serta membuat cerita yang bukan bukan.

“Mungkin ramai di dalam parti Pas sendiri sudah menyedari cakap-cakap Nizar tidak boleh dipercayai. Ini menyebabkan dia semakin dipinggirkan dalam parti.

“Demi mempopularkan diri yang semakin merundum, Nizar membuat kenyataan tersebut untuk mencari isu panas. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga Nizar sering mengamalkan sikap begini. Apa yang dia cakap tiada fakta dan asas.

“Bila berceramah pula, dia cepat lupa diri dan berasa megah apabila orang bersorak dan bertepuk tangan. Itu yang dia semakin galak menabur fitnah,”

Sikap Nizar ini tegas beliau lagi amat merbahaya kerana ianya boleh memberikan impak tidak baik kepada masyarakat.Justeru beliau berharap, tindakan harus diambil terhadap Nizar kerana perbuatannnya mampu menyebabkan masyarakat berasa takut dan berbalah.

“Tuduhan yang dibuat oleh Nizar amat berat dan mampu mengundang impak yang tidak baik. Tindakan harus diambil agar rakyat tahu Nizar pembohong dan tidak layak bergelar pemimpin.

“Manusia seperti Nizar, sama sekali tidak boleh memimpin rakyat ke jalan yang betul dan baik. dinasihat kan  balik sahajalah ke kawasannnya kerana masyarakat di kawasannya Pasir Panjang telah lama terbiar. Nasib penduduk di situ tidak terbela..

Jangan kerana sudah tidak mempunyai idea untuk menarik perhatian rakyat... buat cerita yang tidak benar kerana ini amatlah sedih sekali... renung renungkan lah wahai semua...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

gaji swasta......

Pelbagai reaksi yang telah kita lihat apabila isu kadar gaji minimum di ketahui oleh semua rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.sesungguhnya Perdana Menteri telah memberi satu kesenangan untuk pekerja di sektor swasta kerana ianya dapat membantu mereka meneruskan kehidupan mereka didalam kehidupan yang mencabar ini. Oleh yang demikian Perdana Menteri dan juga Menteri Sumber Manusia telah pun bersetuju tuk memberi kadar sebanya Rm900 di Semenanjung Malaysia dan Rm 800 di Sabah Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sesungguhnya penetapan gaji minimum pekerja swasta perlu diterima dan bukanya dipolitikan kerana ianya adalah diasaskan oleh mereka yang pakardalam bidang ekonomi bukan bidang politik.Kadar ini diwujudkan telah diasaskan melalui input Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Negara( MPGN) iaitu pen yelarasan ekonomi serta Bank Dunia yang telah membuat kajian mendalam sebelum kadar minimum ini diterima oleh majikan dan pekerja di sektor swasta.

Pengulasan yang telah diberi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam gaji minimum yang diberikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung adalah sebanyak Rm 900 manakala Rm 800 di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.Pihak majikan dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza namum setelah diambil kira semuanya menemui kata sepakat mempersetujui sama sekali.pihak majikan mahukan kadar lebih rendah tetapi sebaliknya pada pihak pekerja mahukan kadar lebih tinggi, dan dengan ianya akan memberi impikasi kepada ekonomi kita teruk dan kesan negatif lain seperti pengangguran akan meningkat.

Sebaliknya dengan ada kadar gaji mininum seperti ini ianya juga telah menjadi pemangkin untuk meningkatkan produktiviti dan lonjakan perniagaan bagi pihak swasta. dalam masa yang sama juga majikan tidak seharusnya melihatnya sebagai satu beban sebaliknya dapat memberi impak positif kepada syarikat sendiri.Hari ini lebih 30% penduduk Malaysia mendapat gaji  kurang rm300 sebulan dan dengan adanya kadar gaji minimum ini serta merta telah meningkatkan gaji mereka.

Impak tentang kadar ini juga memberi kesan dan meringankan beban pekerja terumata pada golongan wanita serta golongan miskin. Ini kerana mereka adalah golongan yang mendapat gaji rendah dan dengan ini sekurangnya dapat memberi manfaat dan akan memberi semangat untuk mereka bekerja.

Sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur bahawa Kerajaan amat mengambil berat akan semua pekerja pekerja di sektor swasta kerana dengan adanya Kadar Gaji Minimum ini pemangkin untuk terus berusaha
dengan lebih gigih lagi..

Jangalah kita hanya nk salahkan pada pihak kerajaan sahaja.. pelbagai cara pihak kerajaan memberi jalan untuk memberi bantuan kepada rakyat seperti yang disebutkan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS