Post Icon

gaji swasta......

Pelbagai reaksi yang telah kita lihat apabila isu kadar gaji minimum di ketahui oleh semua rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.sesungguhnya Perdana Menteri telah memberi satu kesenangan untuk pekerja di sektor swasta kerana ianya dapat membantu mereka meneruskan kehidupan mereka didalam kehidupan yang mencabar ini. Oleh yang demikian Perdana Menteri dan juga Menteri Sumber Manusia telah pun bersetuju tuk memberi kadar sebanya Rm900 di Semenanjung Malaysia dan Rm 800 di Sabah Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sesungguhnya penetapan gaji minimum pekerja swasta perlu diterima dan bukanya dipolitikan kerana ianya adalah diasaskan oleh mereka yang pakardalam bidang ekonomi bukan bidang politik.Kadar ini diwujudkan telah diasaskan melalui input Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Negara( MPGN) iaitu pen yelarasan ekonomi serta Bank Dunia yang telah membuat kajian mendalam sebelum kadar minimum ini diterima oleh majikan dan pekerja di sektor swasta.

Pengulasan yang telah diberi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam gaji minimum yang diberikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung adalah sebanyak Rm 900 manakala Rm 800 di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.Pihak majikan dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza namum setelah diambil kira semuanya menemui kata sepakat mempersetujui sama sekali.pihak majikan mahukan kadar lebih rendah tetapi sebaliknya pada pihak pekerja mahukan kadar lebih tinggi, dan dengan ianya akan memberi impikasi kepada ekonomi kita teruk dan kesan negatif lain seperti pengangguran akan meningkat.

Sebaliknya dengan ada kadar gaji mininum seperti ini ianya juga telah menjadi pemangkin untuk meningkatkan produktiviti dan lonjakan perniagaan bagi pihak swasta. dalam masa yang sama juga majikan tidak seharusnya melihatnya sebagai satu beban sebaliknya dapat memberi impak positif kepada syarikat sendiri.Hari ini lebih 30% penduduk Malaysia mendapat gaji  kurang rm300 sebulan dan dengan adanya kadar gaji minimum ini serta merta telah meningkatkan gaji mereka.

Impak tentang kadar ini juga memberi kesan dan meringankan beban pekerja terumata pada golongan wanita serta golongan miskin. Ini kerana mereka adalah golongan yang mendapat gaji rendah dan dengan ini sekurangnya dapat memberi manfaat dan akan memberi semangat untuk mereka bekerja.

Sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur bahawa Kerajaan amat mengambil berat akan semua pekerja pekerja di sektor swasta kerana dengan adanya Kadar Gaji Minimum ini pemangkin untuk terus berusaha
dengan lebih gigih lagi..

Jangalah kita hanya nk salahkan pada pihak kerajaan sahaja.. pelbagai cara pihak kerajaan memberi jalan untuk memberi bantuan kepada rakyat seperti yang disebutkan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment