Post Icon

perlukah sebegini

Perlukah kita menjadi seorang yang penipu..seorang yang suka membuat fitnah demi untuk mendapat perhatian dari orang ramai.Dari itu kita boleh lihat yang apa yang kita buat itu adalah satu yang ikhlas ataupun tidak

 Semua rakyat Perak menganggap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya Perdana Menteri meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebenarnya adalah lebih kepada mencari populariti dalam parti Pas dan pakatan pembangkang.

Kerana tidak popular di dalam parti dan memandangkan PRU sudah semakin hampir dan mungkin bimbang namanya tidak tercalon, dia terpaksa mereka cerita demi menaikkan kembali namanya serta membuat cerita yang bukan bukan.

“Mungkin ramai di dalam parti Pas sendiri sudah menyedari cakap-cakap Nizar tidak boleh dipercayai. Ini menyebabkan dia semakin dipinggirkan dalam parti.

“Demi mempopularkan diri yang semakin merundum, Nizar membuat kenyataan tersebut untuk mencari isu panas. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga Nizar sering mengamalkan sikap begini. Apa yang dia cakap tiada fakta dan asas.

“Bila berceramah pula, dia cepat lupa diri dan berasa megah apabila orang bersorak dan bertepuk tangan. Itu yang dia semakin galak menabur fitnah,”

Sikap Nizar ini tegas beliau lagi amat merbahaya kerana ianya boleh memberikan impak tidak baik kepada masyarakat.Justeru beliau berharap, tindakan harus diambil terhadap Nizar kerana perbuatannnya mampu menyebabkan masyarakat berasa takut dan berbalah.

“Tuduhan yang dibuat oleh Nizar amat berat dan mampu mengundang impak yang tidak baik. Tindakan harus diambil agar rakyat tahu Nizar pembohong dan tidak layak bergelar pemimpin.

“Manusia seperti Nizar, sama sekali tidak boleh memimpin rakyat ke jalan yang betul dan baik. dinasihat kan  balik sahajalah ke kawasannnya kerana masyarakat di kawasannya Pasir Panjang telah lama terbiar. Nasib penduduk di situ tidak terbela..

Jangan kerana sudah tidak mempunyai idea untuk menarik perhatian rakyat... buat cerita yang tidak benar kerana ini amatlah sedih sekali... renung renungkan lah wahai semua...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment