Post Icon

JANGAN DISOAL.......

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sering menggunakan pendidikan sebagai permainan politik mereka. Oleh itu janganlah memainkan isu pendidikan semata mata untuk menarik perhatian umum.


YB Menteri Besar sedang memberi penjelasan
Beliau menambah lagi dengan soal pendidikan merupakan aspek yang perlu mendapat perhatian semua pihak dan bukannya dengan mempermainkannya dalam agenda politik peribadi masing-masing. Sekiranya mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Perak terlalu taksub untuk menjadi juara rakyat, mereka tidak seharusnya keterlaluan dan melebihi batasan-batasan moral rakyat.
Kalau nak jadi (JUARA) pun gunalah cara lain, janganlah keterlaluan dan bermain dengan soal pendidikan kononnya untuk jadi juara kaum lain. Beliau dah sebutkan bahawa apabila hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan sewajarnya kita tidak terlalu bermain dengan emosi politik kerana ia boleh memberi  kesan yang tidak baik.
Tambah beliau lagi, pendidikan adalah sesuatu yang sangat dekat dengan hati dan perasaan masyarakat apatah lagi dalam konteks pendidikan agama bangsa dan Negara, kerana ia membabitkan rakyat berbangsa Melayu.

kegembiraan kanak kanak di sekolah
Katanya, rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak terburu-terburu untuk mempercayai agenda politik serta keterujaan pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin buta hati.
Oleh kerana terdesak dengan atau taksub dengan permainan politik pemimpin yang tidak bertanggungjawab dimana  mereka sanggup melakukan apa sahaja semata nak mendapat dan menagih sokongan politik,” katanya
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang tidak habis-habis memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit.

kegembiraan kanak kanak di sekolah
Jelas beliau, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu adalah kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.
Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Sebelum ini, sekolah itu terpaksa  dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.
Ibubapa murid yang berkiblatkan PARTI PEMBANGKANG telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar di bawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO mahu menggunakan dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya sedangkan semua itu adalah pembohongan semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment