Post Icon

untuk para sukarelawan belia

Bertarikh pada 15hb Julai yang lalu seramai 30,000 belia di segenap negeri berkumpul di Esplanade KLCC untuk bersama sama menjayakan satu program yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Program 1M4U, pelbagai acara telah diadakan untuk para belia dan juga para pengunjung.

1M4U adalah program sukarelawan belia yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, berbagai acara telah diadakan di sana.. mahupun disekitar Bandaraya Metropolitan ini. Pelbagai acara telah diadakan di luar kawasan KLCC seperti aktivit sumbangan pakaian terpakai, aktiviti menderma darah dan membawa aktiviti di KLCC sendiri seperti  melawat booth yang telah disediakan, kempen go green dan sebagainya hanyalah untuk menaikan semangat sukarelawan pada belia belia masa kini,  sesuai dengan kata sloganya iaitu DARIPADA BELIA …OLEH BELIA…. UNTUK BELIA ……

Pada ucapan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, beliau telah memberikan Tahun Sukarelawan Negara. Ianya akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan telah memperuntukan satu dana insentif untuk semua para sukarelawan belia sebanyak rm100 juta yang diberi nama DRE1M ataupun Dana Sukarelawan 1 Malaysia akan disalurkan kepada mana mana pertubuhan belia untuk mereka menjalankan aktiviti sukarelawan.

Kerajaan Malaysia sentiasa berganding bahu bersama belia belia untuk memastikan bahawa Negara kita ini akan berada di dalam keadaan yang sentiasa aman dan damai ,tidak akan berada dalam kucar kacir seperti Negara yang lain. Oleh itu belia harus memainkan peranan mereka untuk mencapai matlamat yang belia inginkan

Dengan tersedia adanya platform seperti ini diharapakan para belia akan bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan demi Negara, Bangsa dan Agama  dan memartabatkan semangat menjadi sukarelawan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kerana Berlainan Fahaman Politik

Sedih melihat akan permainan dunia politik sekarang....disebabkan hanya berlainan fahaman politik suami sanggup mencerai talak satu kepada si isteri..tapi ini lah dia ketaksuban si suami ......apakah tindakan oleh pihak PAS.... hanya berduduk diam saja.......




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

JANGAN DISOAL.......

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sering menggunakan pendidikan sebagai permainan politik mereka. Oleh itu janganlah memainkan isu pendidikan semata mata untuk menarik perhatian umum.


YB Menteri Besar sedang memberi penjelasan
Beliau menambah lagi dengan soal pendidikan merupakan aspek yang perlu mendapat perhatian semua pihak dan bukannya dengan mempermainkannya dalam agenda politik peribadi masing-masing. Sekiranya mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Perak terlalu taksub untuk menjadi juara rakyat, mereka tidak seharusnya keterlaluan dan melebihi batasan-batasan moral rakyat.
Kalau nak jadi (JUARA) pun gunalah cara lain, janganlah keterlaluan dan bermain dengan soal pendidikan kononnya untuk jadi juara kaum lain. Beliau dah sebutkan bahawa apabila hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan sewajarnya kita tidak terlalu bermain dengan emosi politik kerana ia boleh memberi  kesan yang tidak baik.
Tambah beliau lagi, pendidikan adalah sesuatu yang sangat dekat dengan hati dan perasaan masyarakat apatah lagi dalam konteks pendidikan agama bangsa dan Negara, kerana ia membabitkan rakyat berbangsa Melayu.

kegembiraan kanak kanak di sekolah
Katanya, rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak terburu-terburu untuk mempercayai agenda politik serta keterujaan pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin buta hati.
Oleh kerana terdesak dengan atau taksub dengan permainan politik pemimpin yang tidak bertanggungjawab dimana  mereka sanggup melakukan apa sahaja semata nak mendapat dan menagih sokongan politik,” katanya
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang tidak habis-habis memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit.

kegembiraan kanak kanak di sekolah
Jelas beliau, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu adalah kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.
Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Sebelum ini, sekolah itu terpaksa  dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.
Ibubapa murid yang berkiblatkan PARTI PEMBANGKANG telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar di bawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO mahu menggunakan dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya sedangkan semua itu adalah pembohongan semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

6 Ahli Panel Penasihat Bebas




Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas. Sesetengah pihak menyambut baik dengan perlantikan enam anggota tersebut,malahan ada juga pihak yang kurang selesa.

Perlantikan enam orang panel itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismai

Ke enam enam panel tersebut akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin untuk memulakn peranan mereka dan terma tugasan yang harus mereka lakukan. Menurut kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Kita boleh lihat akan kebolehan kesemua enam ahli panel ini, kerana semuanya mempunyai kepakaran dan kebijaksaan dalam bidang masing masing. Oleh itu mereka akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan berlandaskan undang undang dan tidak mengikut perasaan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

MACAM MACAM DAAAAA !!!!!!!

macam macam yang nk dibuat oleh manusia manusia yang tak reti bersyukur ni... dah la... untuk sokong bershiitttt kena g perhimpunan di dataran merdeka ....ini pula kena buat cam ni plak... ADOOOYAIIIIIII

Nyalakan lampu kenderaan anda Sabtu dan Ahad



SHARING IS CARING! BERSIH 3.0 MENYERU RAKYAT MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN SABTU INI PADA WAKTU SIANG DI SEKITAR KUALA LUMPUR DAN DI SELURUH MALAYSIA SEBAGAI SILENT PROTEST DARI RAKYAT TERHADAP KEKEJAMAN PIHAK POLIS DAN PEMERINTAH DALAM BERSIH 3.0 SABTU LALU..

KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI SABTU DAN AHAD.

PEACE NO WAR! :)
JIKA ANDA SETUJU, SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI..

-Switch on your headlights this Saturday and Sunday to shine a light on and highlight our aspirations for a clean, fair and transparent election process.

C'mon you people. let's participate please.

KUNINGKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI PADA HARI SABTU DAN AHAD.

huhuhuhu apa yang leh biggie katakan hanyalah menyusahkan sahaja..xpayah la.. nk buat benda benda yang tidak mendatangakn faedah...dah la masa di datara merdeka berlakunya rusuhan.. adakah nk terjadinya kemalangan pula ke tuk memenuhi keinginan mereka ini....hanya membuang masa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tu dia.... udoh kuar dah.....

GAMBAR PESERTA BERSIH 3.0 YANG DIBURU | Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin....





Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.
Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau emailazmiazizi@rmp.gov.my
SEBARKAN! -SUMBER

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

perlukah sebegini

Perlukah kita menjadi seorang yang penipu..seorang yang suka membuat fitnah demi untuk mendapat perhatian dari orang ramai.Dari itu kita boleh lihat yang apa yang kita buat itu adalah satu yang ikhlas ataupun tidak

 Semua rakyat Perak menganggap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya Perdana Menteri meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sebenarnya adalah lebih kepada mencari populariti dalam parti Pas dan pakatan pembangkang.

Kerana tidak popular di dalam parti dan memandangkan PRU sudah semakin hampir dan mungkin bimbang namanya tidak tercalon, dia terpaksa mereka cerita demi menaikkan kembali namanya serta membuat cerita yang bukan bukan.

“Mungkin ramai di dalam parti Pas sendiri sudah menyedari cakap-cakap Nizar tidak boleh dipercayai. Ini menyebabkan dia semakin dipinggirkan dalam parti.

“Demi mempopularkan diri yang semakin merundum, Nizar membuat kenyataan tersebut untuk mencari isu panas. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga Nizar sering mengamalkan sikap begini. Apa yang dia cakap tiada fakta dan asas.

“Bila berceramah pula, dia cepat lupa diri dan berasa megah apabila orang bersorak dan bertepuk tangan. Itu yang dia semakin galak menabur fitnah,”

Sikap Nizar ini tegas beliau lagi amat merbahaya kerana ianya boleh memberikan impak tidak baik kepada masyarakat.Justeru beliau berharap, tindakan harus diambil terhadap Nizar kerana perbuatannnya mampu menyebabkan masyarakat berasa takut dan berbalah.

“Tuduhan yang dibuat oleh Nizar amat berat dan mampu mengundang impak yang tidak baik. Tindakan harus diambil agar rakyat tahu Nizar pembohong dan tidak layak bergelar pemimpin.

“Manusia seperti Nizar, sama sekali tidak boleh memimpin rakyat ke jalan yang betul dan baik. dinasihat kan  balik sahajalah ke kawasannnya kerana masyarakat di kawasannya Pasir Panjang telah lama terbiar. Nasib penduduk di situ tidak terbela..

Jangan kerana sudah tidak mempunyai idea untuk menarik perhatian rakyat... buat cerita yang tidak benar kerana ini amatlah sedih sekali... renung renungkan lah wahai semua...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

gaji swasta......

Pelbagai reaksi yang telah kita lihat apabila isu kadar gaji minimum di ketahui oleh semua rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.sesungguhnya Perdana Menteri telah memberi satu kesenangan untuk pekerja di sektor swasta kerana ianya dapat membantu mereka meneruskan kehidupan mereka didalam kehidupan yang mencabar ini. Oleh yang demikian Perdana Menteri dan juga Menteri Sumber Manusia telah pun bersetuju tuk memberi kadar sebanya Rm900 di Semenanjung Malaysia dan Rm 800 di Sabah Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sesungguhnya penetapan gaji minimum pekerja swasta perlu diterima dan bukanya dipolitikan kerana ianya adalah diasaskan oleh mereka yang pakardalam bidang ekonomi bukan bidang politik.Kadar ini diwujudkan telah diasaskan melalui input Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Negara( MPGN) iaitu pen yelarasan ekonomi serta Bank Dunia yang telah membuat kajian mendalam sebelum kadar minimum ini diterima oleh majikan dan pekerja di sektor swasta.

Pengulasan yang telah diberi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam gaji minimum yang diberikan kepada pekerja sektor swasta di Semenanjung adalah sebanyak Rm 900 manakala Rm 800 di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.Pihak majikan dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza namum setelah diambil kira semuanya menemui kata sepakat mempersetujui sama sekali.pihak majikan mahukan kadar lebih rendah tetapi sebaliknya pada pihak pekerja mahukan kadar lebih tinggi, dan dengan ianya akan memberi impikasi kepada ekonomi kita teruk dan kesan negatif lain seperti pengangguran akan meningkat.

Sebaliknya dengan ada kadar gaji mininum seperti ini ianya juga telah menjadi pemangkin untuk meningkatkan produktiviti dan lonjakan perniagaan bagi pihak swasta. dalam masa yang sama juga majikan tidak seharusnya melihatnya sebagai satu beban sebaliknya dapat memberi impak positif kepada syarikat sendiri.Hari ini lebih 30% penduduk Malaysia mendapat gaji  kurang rm300 sebulan dan dengan adanya kadar gaji minimum ini serta merta telah meningkatkan gaji mereka.

Impak tentang kadar ini juga memberi kesan dan meringankan beban pekerja terumata pada golongan wanita serta golongan miskin. Ini kerana mereka adalah golongan yang mendapat gaji rendah dan dengan ini sekurangnya dapat memberi manfaat dan akan memberi semangat untuk mereka bekerja.

Sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur bahawa Kerajaan amat mengambil berat akan semua pekerja pekerja di sektor swasta kerana dengan adanya Kadar Gaji Minimum ini pemangkin untuk terus berusaha
dengan lebih gigih lagi..

Jangalah kita hanya nk salahkan pada pihak kerajaan sahaja.. pelbagai cara pihak kerajaan memberi jalan untuk memberi bantuan kepada rakyat seperti yang disebutkan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

apa ada dengan BERSHITTT 3.0

Bershit sudah pun telah selesai,kesan selepas perhimpunan haram itu yang menjadi persoalan. Perhimpunan yang tidak dapat permit itu tidak mengendahkan undang-undang yang sedia ada. Bersih yang mempunyai 10 tuntutan mereka itu telah bertukar kepada perhimpunan haram yang jelas menunjukkan hasrat sebenar mereka untuk mencapai hasrat mereka. Ini merupakan satu helah untuk menghuru-harakan negara. Tidakkah dia tahu bahawa rakyat Malaysia perlu ikut undang-undang untuk selesaikan masalah mereka.

Insiden dan tindakan ganas yang dipaparkan oleh segelintir penyokong perhimpunan haram Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu jelas membuktikan pemimpin parti pembangkang menyokong dan menggalakkan keganasan, tersasar daripada janji awal penganjur yang memberi jaminan satu perhimpunan `Duduk Bantah’ yang aman berlangsung petang itu.Sebaliknya, adegan penyokong yang bertindak ganas terhadap anggota keselamatan yang bertugas menjadi bukti bahawa perhimpunan itu menyuntik benih kebencian terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini berperanan memastikan kedaulatan undang-undang negara dihormati oleh semua pihak.Bukan setakat bertindak ganas terhadap anggota polis, penyokong juga merosakkan harta benda awam seperti kereta peronda dan kenderaan milik persendirian yang diletakkan sekitar Dataran Merdeka.


Kehadiran pemimpin pembangkang seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali juga membuktikan Pakatan Rakyat menggunakan perhimpunan Bersih 3.0 ini untuk menghalalkan apa juga cara untuk menawan Putrajaya.

Bagaimana dan di mana, soal itu tidak penting bagi pembangkang dan Bersih 3.0 adalah medan terbaik bagi mereka untuk menarik perhatian rakyat untuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.Sehinggakan pihak kerajaan telah pun menubuhkan satu jawatankuasa menelitit tuntutan mereka tetapi... Pihak yang tidak bertanggung jawap ini menggalakan penyokong dan pengikut mereka untuk menghadirkan diri dalam perhimpunan haram itu.

Hanya rakyat yaang mempunyai akal fikiran waras, yang dapat membahagikan yang mana baik dan yang mana buruk demi agama bangsa dan negara kita yang tercinta ini. Jangan kerana tidak mengikut tuntutan yang mereka mahukan, habis rosak segala galanya.Diharapkan juga selepas ini tidak akan ada perhimpunan yang memalukan ini diadakan di kotaraya Kuala Lumpur atau pun dimana mana saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kenapa ini harus berlaku~~~!!!!!

teman tgk.... pe yg berlaku dari masa ke semasa.. hari kehari nie. makin lama makin teruk... huhuhu dengan demo sana sini....dengan buat ceramah sana sini... huhuhuhu semua nye satu je main point nye iaitu... nk tarik org supaya membenci kerajaan.....

herm.. apa yg leh teman katakan... teman paling tak suka benda sebegini berlaku...udah udah la.. meracuni pikiran rakyat..... sudah sudah la......rakyat tau memilih yg mana benor.. yg mana nipu.... tetapi.. kebanyakan nye hari ini.. rakyat telah banyak menerima apa yg nipu dari yg benor....

teman sedih bile tgk..pelajar pelajar yg digelar mahasiswa.... tetapi.. kenapa berpikiran bukan seorang pelajar.. dengan mengadakan demo... dengan bercamping di sana sini.. udoh mcm x der tempat tdo.... huhuhu KENAPA ini berlaku.....hanya nk memboikot tuk menyuruh memansuh kan PTPTN.... aduhhh...

apa yg teman leh katakan.. semua yg dibuat oleh PIHAK KERAJAAN ini.. semua nya ada kebaikan..... tapi.. jng lah.. kite pula memandang kan ia satu keburukan mahupun satu perkara negatif....

ayuh la.. wahai maha siswa.... anda semua adalah .. bakal pemimpin negara...huhuhu... tetapi adakah ini... minda seorang bakal pemimpin....

moh la kite renung renung kan bersama ye..... huuhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

jangan komer.. jangan.....

kenapa la kite ni suka sangat buat benda yg sepatutnya dibuat..huhuu nampak sangat la yang kite ni macam tidak berpelajaran ke.. tidak sekolah ke.. huhu teman pun x leh nk kata apa....

apa yg teman nak kongsi ni tentang apa yg PEMANGKU SULTAN PERAK bertitah sesama merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 di Ipoh.. tentang perbuatan melanggar sempadan agama  wajib dicegah secara tegas......
.
sejak kebelakangan ini....garis sempadan yg menyentuh tentang agama islam kelihatan mula dilanggar malah juga ada dikalangan bukan islam.. mencabar perkara perkara berkaitan islam melalui ungkapan dan kenyataan yg bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan akidah umat Islam

Perkara menyentuh syariat dan akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam kini dipersoalkan, dipertikaikan dan diperdebatkan secara terbuka oleh mereka (bukan islam).


Oleh itu, perbuatan sedemikian titahnya, wajib dihentikan dan dicegah secara tegas daripada dibenarkan berlaku di negara ini. Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri dan terhangus negeri.

Kesucian agam islam harus lah di pertahankan dan di ambil berat kan pada setiap masa dan juga  kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing titah beliau.....

Selain itu juga RAJA NAZRIN bertitah lagi tentang kerajaan Negeri Perak yg diterajui oleh Menteri Besar Perak berjaya memberi tumpuan kepada perkara utama lagi strategik dan hasilnya dapat memenuhi unjuran pertumbuhan ekonomi positif.

Dengan hasil negeri yang telah meningkat dari daripada RM793.18 juta pada 2010 kepada RM820.28 juta tahun lalu.....

serta meluluskan peruntukan baget yang paling tinggi berjumlah RM865.12 juta bagi mengupayakan kerajaan negeri dan untuk tahun ini, RM321 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di Negeri Perak...


teman nengok.. bahawa nye PEMANKGU SULTAN PERAK ambil berat bebenor tentang apa yg berlaku di Negeri Perak ni.. jadi... kite pun.. penduduk Negeri Perak.. ambik la berat... n jangan la mempermainkan tentang isu Agama Islam ini.... kerana tersilap langkah huhuhuhu tak tau teman nk kata apa lagi.... renung renung kan la ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Syukur ALHAMDULLILAH......

Penduduk Pertaruh Nyawa Ketika Beribadat



Sedih melihat keadaan surau di PPRT Sepakat Jaya yang uzur dan serba daif, kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi membiayai kos membaik pulih dan penyelenggaraan rumah ibadat bagi keselesaaan umat Islam di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kebetulan mengadakan Program Turun Padang ke Bota menjelaskan keadaan surau yang daif itu perlu dibaiki segera bagi membolehkan umat Islam di kawasan berkenaan dapat beribadah dengan lebih selesa.

Menurut sumber, surau berkenaan dibina pada awal tahun 1997 tetapi tidak dapat digunakan kerana struktur bangunan yang tidak kukuh.

Difahamkan, ia juga tidak mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah.

Di penghujung tahun, kontraktor lain pula mendapat tender untuk membina semula surau yang separuh siap itu tetapi malangnya masalah sama berulang.

Penduduk mendakwa kontraktor berkenaan tidak melakukan kerja menambak tanah dan pilling dengan betul hingga mengakibatkan bahagian bawah bangunan surau mula mendap, sekaligus boleh mengancam keselamatan dan nyawa pengguna surau.

Turut membimbangkan apabila struktur surau mula condong ke bahagian kiri .

Namun, kehadiran dan pengumuman berita gembira daripada Menteri Besari itu akhirnya memberi harapan dan kelegaan kepada penduduk yang selama ini menanggung risiko bahaya ketika menggunakan surau berkenaan.




sumber dari : http://peraktoday.com/wp/?p=53893





apa yg teman leh katakan syukurlah.. sesungguh nya Menteri Besar Perak amat mengambil berat terhadap penduduk.. sehingga kan memberi bantuan kepada penduduk PPPRT Sepakat Jaya tuk membaiki surau yg uzur ini.. tahniah teman ucapkan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

TIDAK AKAN BERULANG LAGI.....

apa yg berlaku pada kontijen negeri perak pada SUKMA tahun lepas bagaikan igauan ngeri...dan ini x kan berlaku lagi pada tahun ini.....itu janji DATO Zainol Fadzi Paharuddin ketika ditanya tentang persiapan atlet negeri Perak menjelang SUKMA 2012 di PAHANG....


menurut nye lagi.... “Saya bagi jaminan, tidak ada lagi sejarah ‘0’ pingat lagi, malah saya amat yakin kerana kali ini persiapan lebih rapi telah dilakukan berbanding pada Sukma terdahulu.

“Kita akan tapis setiap atlit ini melalui kejohanan-kejohanan yang mereka sertai sehingga bulan 4, sekiranya atlit itu dilihat tidak boleh menyumbang pingat maka kita tidak akan pilih.

“Daripada pemantauan yang pihak MSN lalukan, setakat ini prestasi atlit hari ini sudah sampai ke tahap 75%, kita masih ada 3 bulan lagi untuk membuat persiapan sebelum tiba Sukma 2012,”

oleh itu.....pihak MSN negeri mensasarkan untuk meraih 38 pingat pada Sukma akan datang.

Malah katanya, sasaran itu dilihat realistik dan tidak mustahil untuk dicapai memandang atlit-atlit sudah cukup bersedia untuk menempuh Sukma 2012.

diharapkan pada tahun ini..atlet dapat mengembalikan kehebatan PERAK.. didalam kancah SUKMA....dan akan memberi kilauan emas yg telah mereka sasarkan..

yob harap.. atlet perak.. boleh melakukan nye... hehehehe MOH KITE...... PERAK BOLEH... .....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tahniah pada peserta BATU GAJAH MTB JAMBOREE

PERGHHHH apa yg teman dapat tau la.... smalam... batu gajah dipenuhi dengan ratusan peserta tuk MTB Jamboree...... event ini telah diadakan dengan jaya nye kerana peserta jamboree ini ada lebih dari 900 orang.. ate bior benor.. hahah.. tapi itu lah hakikat nye...
syabas kepada MAJLIS DAERAH BATU GAJAH kerana telah pun membantu tuk merealisasikan... event ini.....
event ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25hb MAC.....
manakala acara utamanye ada pada 25hb MAC.. dimana acara ini telah dirasmikan oleh DATO’ HAJI JAMRY BIN HAJI SURY D.P.M.P.,P.M.P.,A.M.P) Yang Dipertua MDBG.....
Acara ini juga telah disertai oleh beberapa artis terkenal seperti Ezlyn. Bandi Amuk serta DUTA tuk TAHUN MELAWAT PERAK 2012.. iaitu DATUK AC MIZAL....

apa pun teman ucapkan syabas la pada deme suma yg telah sertai acara ini.... syabas semuanya.. ...~~!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

ahlil nujum pak belalang!!!!!

Jangan Jadi Seperti Pembangkang Hanya Pandai Buat Ramalan: DS Zambry

“Kita sudah buat persiapan tetapi kita tidak mahu jadi seperti pembangkang yang kerjanya hanya pandai membuat ramalan….saya tidak tahu ahli nujum mana yang mereka panggil untuk membuat ramalan tentang pilihan raya”.
Demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) Perak bagi menempuh pilihan raya akan datang.
itu lah yg dikata kn oleh MB PERAK... ate.. komer.. jng la pikior bebenor.... die bukan nye ahlil nujum nk nilik nilik pasal pilihan raya.. yg pastinye sudah siap sedia bersama jentera nye tuk menghadapi pilihan raya ini...
Tambahnya, beliau tidak mahu bertindak seperti sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang lebih gemar membuat ramalan-ramalan tertentu yang kononnya sokongan rakyat terhadap mereka meningkat dan mampu mendapat undi lebih ketika pilihan raya nanti.
“Saya tidak mahu menjadi seperti Ngeh Koo Ham yang selalu membuat ramalan atau spekulasi kononnya mereka akan menang dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Setakat ini katanya, di peringkat negeri, BN sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia termasuklah persiapan dalam jentera parti yang telah diperkemaskan lagi selain mengenalpasti calon yang berpotensi.
Walaupun senarai calon telah disiapkan, menurut Zambry, analisa mengenai calon masih perlu dilakukan dan diperhatikan dari segi tahap pencapaian dan gerak kerja yang dilakukan.
“Saya tidak mahu ia menjadi satu senarai yang statik, kerana kalau satu senarai yang statik maka ia boleh dilihat sebagai satu senarai yang tidak bijak kerana penilaian kepada persembahan dan pencapaian mereka mesti berada dalam keadaan yang sentiasa baik.
“Meskipun nama sudah ada dalam senarai calon dan difikirkan layak untuk jadi calon dalam pilihan raya, namun sekiranya ada di antara mereka gagal menunjukkan pencapaian yang baik maka perubahan mungkin berlaku.
“Mungkin di peringkat tertentu mereka mempamerkan sesuatu yang baik tetapi setelah mengetahui nama mereka tidak ada dalam senarai calon maka individu terbabit mula mempamerkan pencapaian yang tidak baik.
“Atas sebab itu kita tidak mengguna pakai senarai yang statik dan mereka ini akan sentiasa dipantau dari segi pencapian secara berterusan,” katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, seseorang calon itu tidak akan hanya dinilai atas dasar tertentu sebaliknya aspek pencapaian dan hubungan dengan rakyat juga dititikberatkan.
Justeru, Zambry mengingatkan pemimpin BN negeri supaya mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat selain mengenalpasti masalah yang wujud bagi membolehkan kerajan negeri mengatasinya pada kadar segera.
Katanya, sekiranya di sesebuah kawasan yang mempunyai masalah dan pemimpin tidak selesaikan segera, ia mungkin memberi kesan kepada pilihanraya.
Atas faktor itu jelasnya, program lawatan turun padang sentiasa dilakukan ke serata kawasan untuk memastikan segala persiapan jentera dalam keadaan baik selain mengekalkan semangat ahli BN pada tahap yang tinggi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

perghhhhh VVVVVVRRRRRRRRRRROOOOOOOOOMMMMMMMM

HURM... apa lagi komer... hehehe pada semua belia yg hebat.. moh le... sertai event ni.. hahaha pada nk tonton ke.. mahupun nk sertai event ni tuk tunjuk kan kehebatan anda.. hehhe



Ultra Racing KBS INTEGRATED MOTORSPORT CARNIVAL PROGRAM

Ultra Racing KBS DRIFT CHALLENGE SERIES 2012 ROUND (1)

Ultra Racing KBS GYMKHANA CHALLENGE SERIES 2012 ROUND (1)

Tom's Sticker AUTOSHOW KBS INVITATION BY MDC PUTRAJAYA 2012

-------------------------------------------------------------

Ultra Racing KBS DRIFT CHALLENGE PUTRAJAYA 2012 ROUND 1

DATE: 30 MARCH - 1 APRIL 2012
PLACE: KBS DRIFT TRACK 1,PRESINT 4,
PARKING PALACE OF JUSTICE
TIME: 10.00am-5.00pm
(30 MARCH Register)
CONTACT NO :
LOYAI : 01930700808
KUMAI : 0129763636
MR J : 0122522204
RAFIQ : 01111239367

Ultra Racing KBS GYMKHANA CHALLENGE PUTRAJAYA 2012
DATE: 30 MARCH - 1 APRIL 2012
PLACE: KBS DRIFT TRACK 2,PRESINT 4,
PARKING PALACE OF JUSTICE
TIME: 10.00am-5.00pm 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

ada apa dengan PROSTOC@YOSATO~~~!!!!!

apa yg telah boleh katakan.. berpuluh puluh kelab kereta yg berada di perak@ipoh ini...seperti kelab kete satria... kelab kete myvi.. kelab kete viva dan sebagainya.... tapi teman paling tabik pada kelab kete satria PROSTOC..... sudah berada di ipoh selama 3 tahun....

PROSTOC yg dulu bermaksud PROTON SATRIA OWNER CLUB tetapi kini telah berubah nama kepada PROJECT SATRIA OWNER CLUB.....Dimana... prostoc juga adalah salah satu kelab yg berada dibawah jajah kelab kereta terbesar satria iaitu YOSATO...

berbagai bagai cabaran n dugaan kelab ini tempuhi tuk bertapak di kaki sendiri.. akhirnya kelab kete satria PROSTOC dikenali ramai....mempunyai ahli seramai 54 org yg berasal dari seluruh pelusuk di negeri perak....
berbagai program yg telah mereka sertai seperti konvoi bersama pemimpin... program bersama anak anak yatim... dan mcm mcm lagi.......

Insyallah pada tahun ini... akan mengambil penyertaan sekiranya ada jemputan dari mana mana.. seperti himpunan belia tahun 2012..... pada tahun lepas... YOSATO telah menyertai himpunan ini... dan impak nye sungguh luar biasa.. Oleh itu kelab kereta ini sentiasa menyahut seruan dari kerajaan tuk mendekat kan lagi diantara dikalangan belia seperti kami kepada negara yg tercinta ini......







salah satu event yg teman n kelab kete teman turun padang tuk karnival hari belia pada awal tahun ini di MALIM NAWAR PERAK......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI SPR

Huhuhuhu apa ke hey nye telah berlaku ni.... siap ada mahasiswa kite nie nak menyamar sebagai Pegawai SPR.....Mengapa harus dihasut mahasiswa ini tuk melakukan perkara seperti ini.... bior kan aje deme blajor dengan tenang... demi masa depan mereka.... jng lah kita menghasut mereka tuk melakukan perkara seperti ini...

BN Lembah Pantai telah membuat laporan polis mendakwa 3 mahasiswa dari Universiti Awam menyamar sebagai Pegawai SPR.
Kejadian ini berlaku di Kuala Lumpur di kawasana perumahan awam Pantai Permai dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.... kehadiran deme ini semata mata konon nye bertujuan untuk mengadakan bancian mengesan pengundi hantu dikawasan tersebut..... dan ini menambah kan kekeliruan dan kecurigaan kepada seluruh penduduk di sekitar kawasan tersebut.Sebelum deme smp ke kawsan itu... deme sudah dikesan di kawasan lain iaitu dikawasan PPR Seri Cempaka dan Flat Seri Pahang.....

Mereka bertiga dikesan mengedar risalah berbaur hasutan di setiap peti surat milik penduduk yg tertera akan gambar  ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Dengan berlaku sepeti ini dapat mengelirukan dan salah faham dikalangan masyarakat mengenai tujuan kerajaan BN memperkenalkan Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Rumah Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Wilayah Persekutuan


sumber dari berita harian online.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

PMAP dan KERAJAAN NEGERI PERAK MENGANJURKAN PERTANDINGAN MUAYTHAI PERINGKAT ANTARABANGSA

dengan berbesar hati.. pihak PERSATUAN MUAYTHAI AMATUR PERAK  berasa gembira dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak menganjurkan PERTANDINGAN MUAYTHAI peringkat antarabangsa...
Ini julung kali nya PMAP dan Kerajaan Negeri menganjurkan pertandingan seperti ini....
Pertandingan ini akan diadakan pada 31hb Mac 2012 bertempat di GYM MUAYTHAI di Jalan Watson@ di padang polo.....
Dikatakan pertandingan ini menemukan jaguh muaythai dari negara kita iaitu Malaysian dan dari negara Thailand...
Kita sedia maklum bahawa Thailand adalah terkenal dengan sukan ini.. tetapi.. boleh dikatakan negara kita juga mempunyai jaguh jaguh..
MAri kita ramai ramai untuk datang member sokongan kepada peserta kita di hari pertandingan itu......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

manakah akal nye...

SiAPA YG HARUS DI PERSALAHKAN.......
mana kah perginya kemanusian...
mana perginya kasih syg
apa kah salah nya smp ini terjadi....
 renung renung kan dan fikir fikirkan......

BREAKING NEWS} Takziah Buat Keluarga Nurul Nadirah - Al-fatihah...

Mayat rentung disahkan Nurul Nadirah

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tahniah.....

dari hari ke hari... kita lihat ..akan permainan dato lee chong wei amat lah... kosisten.. oleh itu.. beliau mmg berhak tuk dikatakan jaguh dlm kancah arena badminton.... dengan kesungguhanya... beliau sekali lagi menempah nama untuk berlawan didalam perlawanan badminton lelaki final di ALL ENGLAND....
oleh itu rakyat MALAYSIA berbangga memilikinya....

Syabas DATO LEE CHONG WEI.........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

welcome to the blogers world

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS