Post Icon

untuk para sukarelawan belia

Bertarikh pada 15hb Julai yang lalu seramai 30,000 belia di segenap negeri berkumpul di Esplanade KLCC untuk bersama sama menjayakan satu program yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Program 1M4U, pelbagai acara telah diadakan untuk para belia dan juga para pengunjung.

1M4U adalah program sukarelawan belia yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, berbagai acara telah diadakan di sana.. mahupun disekitar Bandaraya Metropolitan ini. Pelbagai acara telah diadakan di luar kawasan KLCC seperti aktivit sumbangan pakaian terpakai, aktiviti menderma darah dan membawa aktiviti di KLCC sendiri seperti  melawat booth yang telah disediakan, kempen go green dan sebagainya hanyalah untuk menaikan semangat sukarelawan pada belia belia masa kini,  sesuai dengan kata sloganya iaitu DARIPADA BELIA …OLEH BELIA…. UNTUK BELIA ……

Pada ucapan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, beliau telah memberikan Tahun Sukarelawan Negara. Ianya akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan telah memperuntukan satu dana insentif untuk semua para sukarelawan belia sebanyak rm100 juta yang diberi nama DRE1M ataupun Dana Sukarelawan 1 Malaysia akan disalurkan kepada mana mana pertubuhan belia untuk mereka menjalankan aktiviti sukarelawan.

Kerajaan Malaysia sentiasa berganding bahu bersama belia belia untuk memastikan bahawa Negara kita ini akan berada di dalam keadaan yang sentiasa aman dan damai ,tidak akan berada dalam kucar kacir seperti Negara yang lain. Oleh itu belia harus memainkan peranan mereka untuk mencapai matlamat yang belia inginkan

Dengan tersedia adanya platform seperti ini diharapakan para belia akan bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan demi Negara, Bangsa dan Agama  dan memartabatkan semangat menjadi sukarelawan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment