Post Icon

apa ada dengan BERSHITTT 3.0

Bershit sudah pun telah selesai,kesan selepas perhimpunan haram itu yang menjadi persoalan. Perhimpunan yang tidak dapat permit itu tidak mengendahkan undang-undang yang sedia ada. Bersih yang mempunyai 10 tuntutan mereka itu telah bertukar kepada perhimpunan haram yang jelas menunjukkan hasrat sebenar mereka untuk mencapai hasrat mereka. Ini merupakan satu helah untuk menghuru-harakan negara. Tidakkah dia tahu bahawa rakyat Malaysia perlu ikut undang-undang untuk selesaikan masalah mereka.

Insiden dan tindakan ganas yang dipaparkan oleh segelintir penyokong perhimpunan haram Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu jelas membuktikan pemimpin parti pembangkang menyokong dan menggalakkan keganasan, tersasar daripada janji awal penganjur yang memberi jaminan satu perhimpunan `Duduk Bantah’ yang aman berlangsung petang itu.Sebaliknya, adegan penyokong yang bertindak ganas terhadap anggota keselamatan yang bertugas menjadi bukti bahawa perhimpunan itu menyuntik benih kebencian terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini berperanan memastikan kedaulatan undang-undang negara dihormati oleh semua pihak.Bukan setakat bertindak ganas terhadap anggota polis, penyokong juga merosakkan harta benda awam seperti kereta peronda dan kenderaan milik persendirian yang diletakkan sekitar Dataran Merdeka.


Kehadiran pemimpin pembangkang seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali juga membuktikan Pakatan Rakyat menggunakan perhimpunan Bersih 3.0 ini untuk menghalalkan apa juga cara untuk menawan Putrajaya.

Bagaimana dan di mana, soal itu tidak penting bagi pembangkang dan Bersih 3.0 adalah medan terbaik bagi mereka untuk menarik perhatian rakyat untuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.Sehinggakan pihak kerajaan telah pun menubuhkan satu jawatankuasa menelitit tuntutan mereka tetapi... Pihak yang tidak bertanggung jawap ini menggalakan penyokong dan pengikut mereka untuk menghadirkan diri dalam perhimpunan haram itu.

Hanya rakyat yaang mempunyai akal fikiran waras, yang dapat membahagikan yang mana baik dan yang mana buruk demi agama bangsa dan negara kita yang tercinta ini. Jangan kerana tidak mengikut tuntutan yang mereka mahukan, habis rosak segala galanya.Diharapkan juga selepas ini tidak akan ada perhimpunan yang memalukan ini diadakan di kotaraya Kuala Lumpur atau pun dimana mana saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kenapa ini harus berlaku~~~!!!!!

teman tgk.... pe yg berlaku dari masa ke semasa.. hari kehari nie. makin lama makin teruk... huhuhu dengan demo sana sini....dengan buat ceramah sana sini... huhuhuhu semua nye satu je main point nye iaitu... nk tarik org supaya membenci kerajaan.....

herm.. apa yg leh teman katakan... teman paling tak suka benda sebegini berlaku...udah udah la.. meracuni pikiran rakyat..... sudah sudah la......rakyat tau memilih yg mana benor.. yg mana nipu.... tetapi.. kebanyakan nye hari ini.. rakyat telah banyak menerima apa yg nipu dari yg benor....

teman sedih bile tgk..pelajar pelajar yg digelar mahasiswa.... tetapi.. kenapa berpikiran bukan seorang pelajar.. dengan mengadakan demo... dengan bercamping di sana sini.. udoh mcm x der tempat tdo.... huhuhu KENAPA ini berlaku.....hanya nk memboikot tuk menyuruh memansuh kan PTPTN.... aduhhh...

apa yg teman leh katakan.. semua yg dibuat oleh PIHAK KERAJAAN ini.. semua nya ada kebaikan..... tapi.. jng lah.. kite pula memandang kan ia satu keburukan mahupun satu perkara negatif....

ayuh la.. wahai maha siswa.... anda semua adalah .. bakal pemimpin negara...huhuhu... tetapi adakah ini... minda seorang bakal pemimpin....

moh la kite renung renung kan bersama ye..... huuhuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

jangan komer.. jangan.....

kenapa la kite ni suka sangat buat benda yg sepatutnya dibuat..huhuu nampak sangat la yang kite ni macam tidak berpelajaran ke.. tidak sekolah ke.. huhu teman pun x leh nk kata apa....

apa yg teman nak kongsi ni tentang apa yg PEMANGKU SULTAN PERAK bertitah sesama merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 di Ipoh.. tentang perbuatan melanggar sempadan agama  wajib dicegah secara tegas......
.
sejak kebelakangan ini....garis sempadan yg menyentuh tentang agama islam kelihatan mula dilanggar malah juga ada dikalangan bukan islam.. mencabar perkara perkara berkaitan islam melalui ungkapan dan kenyataan yg bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan akidah umat Islam

Perkara menyentuh syariat dan akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam kini dipersoalkan, dipertikaikan dan diperdebatkan secara terbuka oleh mereka (bukan islam).


Oleh itu, perbuatan sedemikian titahnya, wajib dihentikan dan dicegah secara tegas daripada dibenarkan berlaku di negara ini. Peringatan Beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri dan terhangus negeri.

Kesucian agam islam harus lah di pertahankan dan di ambil berat kan pada setiap masa dan juga  kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing titah beliau.....

Selain itu juga RAJA NAZRIN bertitah lagi tentang kerajaan Negeri Perak yg diterajui oleh Menteri Besar Perak berjaya memberi tumpuan kepada perkara utama lagi strategik dan hasilnya dapat memenuhi unjuran pertumbuhan ekonomi positif.

Dengan hasil negeri yang telah meningkat dari daripada RM793.18 juta pada 2010 kepada RM820.28 juta tahun lalu.....

serta meluluskan peruntukan baget yang paling tinggi berjumlah RM865.12 juta bagi mengupayakan kerajaan negeri dan untuk tahun ini, RM321 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di Negeri Perak...


teman nengok.. bahawa nye PEMANKGU SULTAN PERAK ambil berat bebenor tentang apa yg berlaku di Negeri Perak ni.. jadi... kite pun.. penduduk Negeri Perak.. ambik la berat... n jangan la mempermainkan tentang isu Agama Islam ini.... kerana tersilap langkah huhuhuhu tak tau teman nk kata apa lagi.... renung renung kan la ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Syukur ALHAMDULLILAH......

Penduduk Pertaruh Nyawa Ketika Beribadat



Sedih melihat keadaan surau di PPRT Sepakat Jaya yang uzur dan serba daif, kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi membiayai kos membaik pulih dan penyelenggaraan rumah ibadat bagi keselesaaan umat Islam di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kebetulan mengadakan Program Turun Padang ke Bota menjelaskan keadaan surau yang daif itu perlu dibaiki segera bagi membolehkan umat Islam di kawasan berkenaan dapat beribadah dengan lebih selesa.

Menurut sumber, surau berkenaan dibina pada awal tahun 1997 tetapi tidak dapat digunakan kerana struktur bangunan yang tidak kukuh.

Difahamkan, ia juga tidak mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah.

Di penghujung tahun, kontraktor lain pula mendapat tender untuk membina semula surau yang separuh siap itu tetapi malangnya masalah sama berulang.

Penduduk mendakwa kontraktor berkenaan tidak melakukan kerja menambak tanah dan pilling dengan betul hingga mengakibatkan bahagian bawah bangunan surau mula mendap, sekaligus boleh mengancam keselamatan dan nyawa pengguna surau.

Turut membimbangkan apabila struktur surau mula condong ke bahagian kiri .

Namun, kehadiran dan pengumuman berita gembira daripada Menteri Besari itu akhirnya memberi harapan dan kelegaan kepada penduduk yang selama ini menanggung risiko bahaya ketika menggunakan surau berkenaan.




sumber dari : http://peraktoday.com/wp/?p=53893





apa yg teman leh katakan syukurlah.. sesungguh nya Menteri Besar Perak amat mengambil berat terhadap penduduk.. sehingga kan memberi bantuan kepada penduduk PPPRT Sepakat Jaya tuk membaiki surau yg uzur ini.. tahniah teman ucapkan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

TIDAK AKAN BERULANG LAGI.....

apa yg berlaku pada kontijen negeri perak pada SUKMA tahun lepas bagaikan igauan ngeri...dan ini x kan berlaku lagi pada tahun ini.....itu janji DATO Zainol Fadzi Paharuddin ketika ditanya tentang persiapan atlet negeri Perak menjelang SUKMA 2012 di PAHANG....


menurut nye lagi.... “Saya bagi jaminan, tidak ada lagi sejarah ‘0’ pingat lagi, malah saya amat yakin kerana kali ini persiapan lebih rapi telah dilakukan berbanding pada Sukma terdahulu.

“Kita akan tapis setiap atlit ini melalui kejohanan-kejohanan yang mereka sertai sehingga bulan 4, sekiranya atlit itu dilihat tidak boleh menyumbang pingat maka kita tidak akan pilih.

“Daripada pemantauan yang pihak MSN lalukan, setakat ini prestasi atlit hari ini sudah sampai ke tahap 75%, kita masih ada 3 bulan lagi untuk membuat persiapan sebelum tiba Sukma 2012,”

oleh itu.....pihak MSN negeri mensasarkan untuk meraih 38 pingat pada Sukma akan datang.

Malah katanya, sasaran itu dilihat realistik dan tidak mustahil untuk dicapai memandang atlit-atlit sudah cukup bersedia untuk menempuh Sukma 2012.

diharapkan pada tahun ini..atlet dapat mengembalikan kehebatan PERAK.. didalam kancah SUKMA....dan akan memberi kilauan emas yg telah mereka sasarkan..

yob harap.. atlet perak.. boleh melakukan nye... hehehehe MOH KITE...... PERAK BOLEH... .....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

tahniah pada peserta BATU GAJAH MTB JAMBOREE

PERGHHHH apa yg teman dapat tau la.... smalam... batu gajah dipenuhi dengan ratusan peserta tuk MTB Jamboree...... event ini telah diadakan dengan jaya nye kerana peserta jamboree ini ada lebih dari 900 orang.. ate bior benor.. hahah.. tapi itu lah hakikat nye...
syabas kepada MAJLIS DAERAH BATU GAJAH kerana telah pun membantu tuk merealisasikan... event ini.....
event ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25hb MAC.....
manakala acara utamanye ada pada 25hb MAC.. dimana acara ini telah dirasmikan oleh DATO’ HAJI JAMRY BIN HAJI SURY D.P.M.P.,P.M.P.,A.M.P) Yang Dipertua MDBG.....
Acara ini juga telah disertai oleh beberapa artis terkenal seperti Ezlyn. Bandi Amuk serta DUTA tuk TAHUN MELAWAT PERAK 2012.. iaitu DATUK AC MIZAL....

apa pun teman ucapkan syabas la pada deme suma yg telah sertai acara ini.... syabas semuanya.. ...~~!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

ahlil nujum pak belalang!!!!!

Jangan Jadi Seperti Pembangkang Hanya Pandai Buat Ramalan: DS Zambry

“Kita sudah buat persiapan tetapi kita tidak mahu jadi seperti pembangkang yang kerjanya hanya pandai membuat ramalan….saya tidak tahu ahli nujum mana yang mereka panggil untuk membuat ramalan tentang pilihan raya”.
Demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) Perak bagi menempuh pilihan raya akan datang.
itu lah yg dikata kn oleh MB PERAK... ate.. komer.. jng la pikior bebenor.... die bukan nye ahlil nujum nk nilik nilik pasal pilihan raya.. yg pastinye sudah siap sedia bersama jentera nye tuk menghadapi pilihan raya ini...
Tambahnya, beliau tidak mahu bertindak seperti sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang lebih gemar membuat ramalan-ramalan tertentu yang kononnya sokongan rakyat terhadap mereka meningkat dan mampu mendapat undi lebih ketika pilihan raya nanti.
“Saya tidak mahu menjadi seperti Ngeh Koo Ham yang selalu membuat ramalan atau spekulasi kononnya mereka akan menang dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Setakat ini katanya, di peringkat negeri, BN sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia termasuklah persiapan dalam jentera parti yang telah diperkemaskan lagi selain mengenalpasti calon yang berpotensi.
Walaupun senarai calon telah disiapkan, menurut Zambry, analisa mengenai calon masih perlu dilakukan dan diperhatikan dari segi tahap pencapaian dan gerak kerja yang dilakukan.
“Saya tidak mahu ia menjadi satu senarai yang statik, kerana kalau satu senarai yang statik maka ia boleh dilihat sebagai satu senarai yang tidak bijak kerana penilaian kepada persembahan dan pencapaian mereka mesti berada dalam keadaan yang sentiasa baik.
“Meskipun nama sudah ada dalam senarai calon dan difikirkan layak untuk jadi calon dalam pilihan raya, namun sekiranya ada di antara mereka gagal menunjukkan pencapaian yang baik maka perubahan mungkin berlaku.
“Mungkin di peringkat tertentu mereka mempamerkan sesuatu yang baik tetapi setelah mengetahui nama mereka tidak ada dalam senarai calon maka individu terbabit mula mempamerkan pencapaian yang tidak baik.
“Atas sebab itu kita tidak mengguna pakai senarai yang statik dan mereka ini akan sentiasa dipantau dari segi pencapian secara berterusan,” katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, seseorang calon itu tidak akan hanya dinilai atas dasar tertentu sebaliknya aspek pencapaian dan hubungan dengan rakyat juga dititikberatkan.
Justeru, Zambry mengingatkan pemimpin BN negeri supaya mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat selain mengenalpasti masalah yang wujud bagi membolehkan kerajan negeri mengatasinya pada kadar segera.
Katanya, sekiranya di sesebuah kawasan yang mempunyai masalah dan pemimpin tidak selesaikan segera, ia mungkin memberi kesan kepada pilihanraya.
Atas faktor itu jelasnya, program lawatan turun padang sentiasa dilakukan ke serata kawasan untuk memastikan segala persiapan jentera dalam keadaan baik selain mengekalkan semangat ahli BN pada tahap yang tinggi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS